Polis mendapati tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah kapasiti pengunjung berlaku di Sunway Lagoon, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata taman tema itu boleh memuatkan seramai 40,000 pengunjung pada satu-satu masa, namun mengehadkannya kepada 20,000 orang berdasarkan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Manakala di kawasan kolam renang berombak pula boleh memuatkan sehingga 10,000 pengunjung, namun SOP terkini menetapkan hanya 5,000 pengunjung dibenarkan; dan hasil siasatan polis mendapati terdapat kira-kira 1,900 pengunjung berada di kolam renang berombak itu pada video tular bertarikh 6 November lalu.

Sementara itu, terdapat 3,513 pengunjung direkodkan berada di dalam taman tema air itu pada hari berkenaan.

Satu perbincangan juga diadakan dengan pihak pengurusan taman tema air dan mereka dinasihatkan supaya menetapkan tidak lebih 1,000 pengunjung dibenarkan berada di kolam renang berombak dalam satu-satu masa.

Pihak pengurusan bersetuju dengan cadangan itu dan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan ia dilaksanakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini