Surau Nur Hidayah, Taman Rancha-Rancha II, Kampung Batu Arang menjadi surau pertama di Labuan guna aplikasi e-Sedekah Touch ‘n Go eWallet dan duit now QR.

Aplikasi itu bagi memudahkan masyarakat khususnya umat Islam untuk bersedekah.

Menurut Ketua Penyelaras Program E-Sedekah Touch ‘n Go, Suleman Kamal, sistem ini  memudahkan urusan sedekah disalurkan kepada surau lebih cepat, mudah dan selamat, seiring perkembangan teknologi terkini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam (JAWI) Labuan, Abdul Ghani Ag. Tanga.
 
Hadir sama, Ketua Kampung Batu Arang merangkap Pengerusi Surau Nur Hidayah,
Abdullah Yassin.
 
Dalam ucapan perasmiannya, Abdul Ghani berkata, kaedah dapat mencegah kes kehilangan wang tabung surau dan masjid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini