Seorang wanita berusia 55 tahun yang menikam suaminya hingga mati didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lau Seck Yan. 

Tertuduh didakwa membunuh Poh Seng Hiap, 55 tahun, di rumah mereka di Perbandaran Golf dan Desa Rasah Kemayan antara pukul 3.30 petang dan 4.30 petang, 23 Januari lalu.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Mahkamah menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini