Suruhanjaya Eropah membenarkan vaksin keluaran Amerika Syarikat, Novavax sebagai dos rasmi kelimanya untuk digunakan di seluruh negara anggota.

Presidennya, Ursula von der Leyen berkata, vaksin Novavax yang dikenali sebagai Nuvaxovid itu menggunakan teknologi sub unit protein dan tidak perlu disimpan di dalam suhu ultra-rendah.

Menurut beliau penambahan terbaharu kepada rangkaian vaksin itu akan memberi galakan kepada mereka yang belum divaksinasi atau mendapatkan dos penggalak untuk berbuat demikian.

Novavax, telah mendapat kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksinasi di Indonesia dan Filipina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini