Suruhanjaya Senat Brazil mencadangkan Presiden Jair Bolsonaro didakwa atas pertuduhan jenayah kerana gagal menguruskan pandemik COVID-19 hingga menyebabkan kematian kedua tertinggi di dunia.

Jawatankuasa itu meluluskan laporan yang menggesa pendakwaan terhadap Presiden Bolsonaro atas pelbagai tuduhan.

Antaranya penipuan dan penyalahgunaan dana awam serta jenayah kemanusiaan.

Presiden Bolsonaro dipertanggungjawab ke atas kematian lebih 600 ribu rakyat Brazil akibat COVID-19.

Bagaimanapun Bolsonaro menafikan sebarang salah laku dan keputusan untuk memfailkan pendakwaan ditentukan Peguam Negara.

Anggota senator dalam kumpulan  “G7” yang tidak memihak kepada presiden, bersetuju terhadap kebanyakan hujah dalam laporan yang dibentangkan minggu lalu.

Laporan akhir mencadangkan pendakwaan ke atas dua syarikat dan 79 orang termasuk Presiden Bolsonaro, anggota dan pentadbiran terdahulu, serta tiga anak Presiden yang merupakan ahli politik. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini