Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Johor merampas 70 bungkus air ketum di sebuah rumah di Mersing 12.30 tengahari semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, suspek berusia 58 tahun, aktif kegiatan itu sejak dua tahun lalu. Tambahnya, semua bungkusan air ketum yang sudah siap diproses itu dijumpai di dalam kotak ikan. Hasil siasatan awal, suspek menjual air ketum dengan harga RM10 sebungkus.

Kesemua bungkusan air ketum dirampas bernilai RM700. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing, dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini