Seorang individu dipercayai terlibat kes bunuh pekerja ladang kelapa sawit di Bidor, September lepas, sedang diburu polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek dikenali dengan identiti  M. Anbu.

Pada 11 Januari lepas, seorang suspek ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan, mayat mangsa ditanam dalam keadaan dibungkus menggunakan kanvas di sebuah kebun sawit di Bidor, ditemukan. 

Kejadian pada 13 September tahun lalu, mangsa bersama rakannya diserang kedua-dua suspek bersenjatakan kayu di sebuah kolam ikan dekat Kampung Poh, Bidor. Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan masalah hutang dan kes direklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini