Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menetapkan 14 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes seorang penganggur mengamuk di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Ahad lalu.

Pihak pendakwaan membuat permohonan itu bagi menunggu laporan patologi dan status kesihatan mental tertuduh.

Tertuduh Zainordin Mohamed, 26 tahun, diperintah Hakim Rohaida Ishak untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta selama sebulan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menendang cermin sisi sebuah kereta di lebuh raya tersebut.

Dia juga didakwa memberhentikan kenderaan di lorong kanan dalam kedudukan yang mungkin menyebabkan halangan kepada pengguna jalan lain.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah memasukkan dadah berbahaya jenis THC di IPD Kuala Kangsar, Selasa lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas kesemua pertuduhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini