Misteri kehilangan wartawan Britain dan pakar Orang Asli di kawasan terpencil Amazon, terjawab.

Penyiasat persekutuan Brazil mendedahkan salah seorang suspek yang bertanggungjawab akhirnya mengaku menembak mangsa sebelum menanam mayatnya di kawasan hutan tersebut.

Dom Phillips dan pemandu arahnya, Bruno Pareira dilaporkan hilang 5 Jun lalu di pedalaman Amazon yang terkenal dengan jenayah alam sekitar seperti perlombongan, penangkapan ikan, pembalakan haram dan pengedaran dadah.

Polis bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada supek Amarildo da Costa de Oliveira juga mengaku membunuh kedua-duanya.

Beliau turut memaklumkan lokasi mayat mereka ditanam sangat sukar untuk sampai, namun penggalian yang dibuat menemukan rangka manusia.

Sebaik pakar mengesahkan kedua-dua mayat itu, ia akan dikembalikan kepada keluarga masing-masing.

Sebelum itu, Oliveira dibawa polis ke kawasan pencarian di sepanjang Sungai Itaquai.

Philips, 57 tahun, yang lama menyumbang kepada The Guardian dan akhbar termuka lain sedang menulis buku tentang pembangunan seimbang di Amazon.

Pereira, 41 tahun pula peguam yang dihormati Orang Asli di wilayah itu bertindak yang sebagai pemandu arah ketika bercuti daripada kerjanya dengan kerajaan di agensi hal ehwal Orang Asli Brazil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini