Mayat seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong, Pahang Sabtu lalu, ditemukan sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
 
Mangsa, wanita warga emas berusia 66 tahun itu ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir mangsa berada ketika kejadian. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang dijumpai di bawah runtuhan kayu balak dan pasir, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Ketika ini, operasi mengesan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang, diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini