Jumlah korban dalam insiden lori tangki yang membawa muatan bahan api meletup di Freetown, Sierra Leone minggu lalu meningkat kepada 131 orang.

Menurut pihak berkuasa 63 orang cedera dan 19 daripadanya dilaporkan kritikal.

Nahas itu mencetuskan kebakaran dan api yang marak menyambar orang ramai dan kenderaan berhampiran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar 6.6 tan bekalan perubatan kecemasan ke negara itu.

Susulan insiden itu, Presiden Julius Maada Bio mengumumkan tiga hari berkabung bermula Isnin.

Letupan itu berlaku apabila lori tangki bahan api bertembung dengan sebuah trak di stesen minyak.

Majoriti mangsa adalah peniaga jalanan dan penunggang motosikal yang terperangkap ketika cuba mengambil bahan api yang bocor dari lori tangki, sebelum api merebak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini