Mahkamah Junta Myanmar akan memulakan perbicaraan terhadap Aung San Suu Kyi 14 Februari.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu bakal dituduh bersama Win Myint dan  Min Thu, bekas anggota kabinet atas tuduhan menipu dalam pilihanraya serta mempengaruhi undi bagi mengekalkan kuasanya untuk penggal kedua.

Dalam kenyataan terdahulu, pemimpin yang digulingkan itu telah menafikan tuduhan selepas memenangi pilihanraya yang dimenangi parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) miliknya.

Ketiga-tiga mereka telah didakwa mengikut seksyen 130-A kanun keseksaan dan berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ia menambah kepada pelbagai kes yang dihadapkan kepada Suu Kyi yang bakal membawa hukuman penjara maksimum lebih daripada 10 tahun.

Dalam pada itu, wakil Junta berkata, Suu Kyi akan diberi proses penghakiman sewajarnya.

Suu Kyi ditangkap beberapa jam sebelum rampasan kuasa 1 Februari tahun lalu.

Para pengkritik junta berkata tuduhan terhadapnya direka bagi memastikan beliau tidak boleh kembali ke politik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini