Selepas berdepan sedozen pertuduhan termasuk hasutan dan pelanggaran protokol sekatan COVID-19, pemimpin ikon Myanmar, Aung San Suu Kyi didakwa lagi dengan tuduhan baharu.

Kali ini, beliau dituduh menyewa dan membeli helikopter untuk digunakan dalam pengurusan bencana alam dan masalah negara termasuk tugas menyelamat dan kecemasan.

Dakwaan pertuduhan dibuat junta Myanmar menyaksikan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Pertuduhan turut membabitkan bekas Presiden Win Myint atas dakwaan melanggar Undang-undang Anti-Rasuah Myanmar

Suu Kyi, 76 tahun, sebelum ini dituduh secara haram mengimport walkie-talkie selain tuduhan menerima suapan AS$600,000 dan emas berkait salah guna kuasa untuk sewaan tanah dan bangunan.

Beliau bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini