Tenis Terbuka Monterrey. Pemain Ukraine, Elina Svitolina berjaya melepaskan kemarahannya ke atas Rusia dengan menewaskan wakil negara berkenaan, Anastasia Potapova di pusingan pertama kejohanan.

Kemenangan itu disifatkan sebagai perjuangannya menentang pencerobohan Rusia ke atas negaranya minggu lepas.

Dengan berpakaian berwarna biru dan kuning sebagai simbolik bendera Ukraine, Svitolina beraksi penuh bersemangat untuk menang 6-2, 6-1 ke atas Potapova. Dia sebelum ini enggan beraksi menentang Potapova, namun terpaksa meneruskannya selepas pemain dari Rusia itu dibenar beraksi tanpa membawa nama dan bendera negara mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu juga dilihat gagal mengawal emosinya ketika meletakkan tangannya di dada sejurus kemenangan tersebut.

Svitolina yang diletakkan selaku pilihan utama, bakal berdepan pemain Bulgaria, Viktoriya Tomova di pusingan kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini