Hampir 1,000 tan sampah pepejal dikumpul dan dilupuskan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), melibatkan kawasan yang dilanda banjir di sekitar Selangor.

Ia termasuk kawasan Hulu Langat, Dengkil, Meru dan Kapar, Klang.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia SWCorp, Zaidi Tuah berkata, Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang memasuki hari ketujuh, juga dilaksanakan di negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir. Tiga syarikat konsensi terlibat, iaitu SWM Environment Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini