Pusat kitar semula secara pandu lalu.

Kaedah mengumpul barangan terpakai itu dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SW-Corp Kedah, bermula semalam.

Di kenali sebagai Program Pasar Percuma @ Free Market secara pandu lalu, hasilnya 1322 kilogram barangan terbuang berjaya dikumpulkan.
 
Pengarah SWCorp Kedah Nordin Amat memaklumkan program ini akan dilaksana selama 2 minggu di 7 Pejabat Cawangan SWCorp Kedah.
 
Semua barangan terpakai akan dihantar ke tempat penyimpanan sementara, dan akan dihantar semula secara berperingkat pada setiap hari Khamis, kepada pihak yang memerlukan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk terjejas banjir.
 
Program turut melibatkan kerjasama E-Idaman sdn Bhd , Majlis Bandaraya alor setar dan NGO Gerak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini