Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengutip hampir 83,000 tan sisa pepejal di enam negeri terjejas banjir.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Selangor merekodkan pengutipan sisa pepejal tertinggi iaitu lebih 48,000 tan diikuti Pahang (32,000 tan), Negeri Sembilan (1,400 tan), Kuala Lumpur (630 tan) dan Melaka (131 tan).

Manakala proses pengutipan di Johor mencecah hampir 100 tan.

Program “SWCorp Bersamamu” juga turut membaikpulih peralatan elektrik pascabanjir

Dijangkakan, 600 unit perkakas elektrik berjaya dibaikpulih.

Tindakan ini dapat mengelak kerugian hampir sejuta ringgit; JIKA dilupuskan.

Program sama turut mendapat kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan dengan keseluruhan 150 sukarelawan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini