Pelbagai barangan elektrik bernilai RM750,000 disumbangkan kepada tiga ribu keluarga terjejas banjir di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor oleh syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn.Bhd.
 
Inisiatif tanggungjawan sosial korporat , SWM Kasih itu adalah bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan seterusnya memudahkan proses pemulihan pascabanjir.

Pengurus Besar Korporat SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, Melaka menjadi negeri pertama yang menerima sumbangan syarikat konsesi itu melibatkan 800 keluarga penduduk terjejas  banjir.

Katanya lagi, pihaknya telah bekerjasama dengan  Jawatankuasa Bencana Negeri dan kerajaan negeri terlibat bagi mengenal pasti keluarga yang terjejas teruk akibat banjir bagi melancarkan proses pengagihan bantuan berkenaan.

Beliau ditemui  selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Elektrik untuk Mangsa Banjir kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali .
 
Dalam pada itu, SWM Environment telah menggerakkan 390 anggota dan 181 jentera pelbagai guna bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa dan kutipan pascabanjir di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini