Perenang PARA negara, Nur Syaiful Zulkafli berjaya memperbaiki rekod peribadi dalam aksi final acara 50 meter gaya bebas S5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, malam tadi. Syaiful menamatkan saingan di kedudukan kelima secara keseluruhan dengan catatan masa 32.82 saat memadam rekod lama 33.46 saat yang dibuat di Kejohanan Dunia London 2019.

Dalam saingan akhir kategori S5 itu menyaksikan tiga perenang China mendominasi saingan dan membolot ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan.

Yuan Weiyi merangkul pingat emas apabila berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 30.31 saat sekaligus mencipta rekod Paralimpik baharu. Pingat perak dan gangsa pula diraih, Tao Zheng dengan catatan masa 31.11 saat manakala Lichao Wang ketinggalan 0.04 saat di belakang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini