Asia Aviation Plc (AAV), pemegang saham utama Thai AirAsia Co Ltd ; TAA berjaya melaksanakan langkah pengumpulan modal berjumlah 14 bilion baht.

Ia membabitkan terbitan bon boleh tukar dan saham-saham baharu bagi meningkatkan modal kerja serta mudah tunai syarikat penerbangan itu.

Turut diumumkan, pelaksanaan penyusunan semula pegangan saham, menerusi tawaran hak kepada pemegang saham sedia ada.

Ia melibatkan 1.7 bilion saham biasa bernilai 3 bilion baht.

Modal berdaftar turut ditingkatkan menerusi tawaran penempatan persendirian bernilai 8.8 bilion baht dan terbitan bon boleh tukar bernilai 2.2 bilion baht.

Sambutan kukuh terhadap tawaran hak terbaharu itu menggambarkan sokongan dan keyakinan pemegang saham terhadap syarikat dan potensi jangka panjangnya, meskipun dalam persekitaran ekonomi semasa dan pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini