Syarikat pengeksport tempatan disaran mendaftar sebagai ahli Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, MATRADE.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Matrade, Abu Bakar Yusof berkata, ini terutama syarikat dari Pulau Pinang yang mempunyai jumlah keahlian yang rendah berbanding negeri lain ketika ini.

Jelasnya, sehingga 30 April lepas 11,123 syarikat tempatan telah berdaftar dengan Matrade.

Daripada angka itu 1,740 merupakan syarikat dari wilayah utara termasuk 898 syarikat aktif dari Pulau Pinang.

Beliau berharap lebih banyak syarikat dari negeri itu mendaftar sebagai ahli memandangkan Pulau Pinang merupakan antara penyumbang terbesar eksport negara.

Sebagai ahli, syarikat akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ditawarkan termasuk meningkatkan kesediaan eksport bagi menembusi dan memperluas operasi ke pasaran antarabangsa.

Matrade juga kekal komited membantu syarikat tempatan dari pelbagai peringkat terutama Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan menawarkan penyelesaian dan sokongan sewajarnya bagi menghubungkan syarikat terlibat dengan rantaian bekalan global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini