Syarikat minuman keras di negara ini diminta tidak mengelirukan pengguna, terutama umat Islam, dengan mengeluarkan produk minuman dengan label tanpa alkohol.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan saja mengelirukan umat Islam, malah ia satu tindakan tidak baik.Beliau mengulas tular isu promosi penjualan arak berlabel ‘zero-alcohol’ keluaran sebuah syarikat minuman keras di kedai serbaneka.Sementara itu, JAKIM memberitahu mana-mana minuman yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling, adalah haram diminum.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini