Syarikat swasta yang dilantik untuk melaksanakan cadangan projek membina jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar bagi mengurangkan kemalangan maut berhampiran Terowong Menora, perlu mematuhi syarat Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara syarat tersebut, membuat penilaian berkaitan impak pembinaan, persekitaran dan pengurusan trafik di kawasan dicadangkan.

Secara prinsip, Kabinet telah meluluskan projek berkenaan; namun, syarikat perlu mematuhi keutamaan syarat yang ditetapkan LLM dan kerajaan.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya di Ipoh.

Projek dalam masa dua tahun itu akan dimuktamadkan apabila semua kajian selesai dilaksana dan dibentang kepada kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan negeri dan Persekutuan sudah pun memberikan kelulusan terhadap pembinaan jalan baharu dengan jarak sejauh 64 kilometer.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini