Kementerian Sumber Manusia akan menyiasat sebuah syarikat di Johor Bahru yang didakwa tidak mengiktiraf Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai cuti umum.Perkara itu kini dalam siasatan Unit Tindakan Pematuhan Undang-Undang Jabatan Tenaga Kerja.Surat tersebut didakwa tidak mengiktiraf Hari Pertabalan YDPA sebagai cuti umum atas alasan sudahpun mewarta 11 hari untuk cuti umum syarikat.Malah, kakitangan yang tidak hadir bekerja pada tarikh itu akan diberikan surat amaran.Pihak kementerian juga akan menjalankan siasatan berhubung kesahihan surat berkenaan.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini