Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta semua syarikat telco membuat pelaburan menaiktaraf jaringan internet bagi memastikan perkhidmatan lebih berkualiti.
 
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, syarikat telco seharusnya memastikan perkhidmatan disediakan adalah terbaik dan tidak memikirkan keutungan semata-mata.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima daripada syarikat tersebut, rangkaian internet negara berada pada tahap 98 peratus namun masih terdapat rungutan masalah liputan oleh pengguna.

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi
setiap syarikat telco bagi membincangkan perkara itu.

Tan Sri Annuar berkata demikian selepas menghadiri Pelancaran Pusat Ekonomi Digital, PeDI Keluarga Malaysia, di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini