Syarikat telekomunikasi (TELCO) utama diminta meningkatkan nilai pelaburan mereka bagi menyelesaikan isu berhubung capaian internet seluruh negara termasuk bagi tujuan menaik taraf menara-menara telekomunikasi sedia ada secara lebih agresif.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, komitmen syarikat telco memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat kerajaan bagi memastikan semua penduduk menerima capaian internet apabila beralih ke teknologi 4G.

Beliau menegaskan, rundingan perjanjian perkhidmatan antara syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara masih dijalankan dengan tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun ini.

Bagaimanapun katanya, lesen kepada pemain baharu industri telekomunikasi akan dikeluarkan sekiranya rundingan tersebut tidak mendapat sambutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini