Syarikat telekomukasi di negara ini diingatkan agar sentiasa menyediakan perkhidmatan internet seperti yang dijanjikan kepada pengguna.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memainkan peranan lebih proaktif untuk memastikan ia dipatuhi sepenuhnya. 

Tegasnya, peringatan berterusan termasuk denda akan dikenakan terhadap syarikat telco yang ingkar

Kementerian juga membekalkan kelengkapan kepada SKMM) di seluruh negeri untuk membuat semakan dan menyukat secara rawak kelajuan jalur lebar syarikat telekomunikasi.

Malah, akta berkaitan perkhidmatan telekomunikasi akan dibawa ke parlimen untuk ditambah baik dan diperketat supaya pelaksanaan undang-undang lebih berkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini