Syawal kali ini merupakan syawal kedua buat ribuan pelarian Rohingya di pusat penempatan sementara di Cox Bazar, Bangladesh. Berada jauh dari tanah air mereka di Myanmar, kebanyakan daripada mereka berada dalam kesukaran kewangan, dan menikmati sambutan syawal adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Kedai-kedai dibangunkan untuk menjual pakaian raya dan mainan kanak-kanak. Namun, hanya beberapa pelarian yang mampu membeli keperluan perayaan. Menurut PBB, hampir sejuta rakyat Rohingya meninggalkan Myanmar sejak Ogos 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini