Pil yang direka untuk merawat Covid-19 bergejala telah diluluskan penggunaannya oleh pengawal selia ubat-ubatan di Britain.

Tablet molnupiravir itu akan diberikan dua kali sehari kepada pesakit rentan yang dijangkiti Covid-19.

Ini menyaksikan Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan rawatan antiviral Covid-19 yang boleh dibawa pulang.

Ujian klinikal pil yang pada asalnya dibangunkan untuk merawat selesema itu menunjukkan ia berjaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian akibat Covid-19 sehingga separuh.

Molnupiravir yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat, Merck, Sharp and Dohme dan Ridgeback Biotherapeutics adalah ubat antiviral oral pertama untuk Covid -19 yang boleh diambil sebagai pil dan bukannya disuntik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini