Lembaga Tabung Haji, TH mencatatkan prestasi mampan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, hasil proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018. Kedudukan kewangan TH juga semakin kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak 1.2 billion ringgit malaysia. Bagi suku tersebut, TH memperoleh pendapatan sebanyak 6 ratus 23 juta dan mencatat keuntungan bersih 4 ratus 40 juta. Pencapaian TH dijangka akan terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan sukuk oleh Urus Harta Jamaah Sdn Bhd yang memberi pulangan hampir 8 ratus juta setahun dan perlaksanaan proses pelarasan pelaburan baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini