Tabung simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP adalah satu-satunya harapan bakal pesara yang perlu dijaga dan dipertahankan.

Tegas Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM, pengeluaran khas i-Citra akan hanya menambah derita ahli KWSP terutama apabila kos sara hidup dan penjagaan kesihatan semakin meningkat seiring purata usia yang semakin panjang.

Presidennya, Abdul Halim Husin memuji langkah kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan tunai, pinjaman tanpa faedah serta pelaksanaan moratorium automatik merentas agensi.

Beliau berharap semua pelaksanaan inisiatif itu dapat dipermudah dan memohon kerajaan mempertimbang beberapa cadangan bagi mendepani krisis ekonomi pasca persaraan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini