Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntuk  RM6.8 juta menerusi Tabung Musaadah dalam penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara.
 
Menurut Menterinya, Idris Ahmad, pergerakan bantuan dari negeri ke negeri akan diagihkan oleh Skuad Musaadah Keluarga Malaysia yang melibatkan 14 agensi agama dengan kekuatan 500 orang. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan untuk menyelaras segala jenis bantuan supaya tiada pertindihan berlaku.

Pihaknya juga sentiasa memantau secara rutin segala perjalanan bantuan dari segi kewangan dan barangan bagi memastikan bantuan sampai kepada penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini