Sidang Dewan Undangan Negeri DUN Kedah.

Sebanyak RM650,000 disalurkan melalui Tabung Perubatan Sejahtera negeri Kedah pada 2019 hingga 2021 kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Dalam tempoh sama, RM300,000 masing-masing diperuntukan kepada Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani dan Hospital Kulim.
 
Klinik Kesihatan Pendang pula diperuntukkan RM50,000 pada tahun lalu.
 
Exco kesihatan negeri, Datuk Dr Hayati Othman berkata, sehingga tempoh tersebut Hospital Sultanah Bahiyah telah membelanjakan sebanyak RM633,000, Hospital Sultan Abd Halim (RM272,901), Hospital Kulim (RM203,524) dan Klinik Kesihatan Pendang membelanjakan (RM990).

Datuk Dr Hayati berkata, Tabung Perubatan Sejahtera sebelum ini dikenali sebagai Tabung Pesakit Kronik negeri Kedah.
 
Penukaran tersebut selaras mesyuarat Pemantauan Tabung Pesakit Kronik negeri Kedah  yang diadakan pada 3 november tahun lalu.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini