Tadbir urus yang baik diperlukan bagi meningkatkan lagi keupayaan sesebuah organisasi dalam merealisasikan matlamat serta membawa kebaikan kepada semua pihak. 

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pentadbiran yang baik secara tidak tidak langsung mendatangkan kebaikan kepada organisasi, rakyat, negeri dan juga negara.
 
Titah baginda,organisasi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan agensi-agensi bersamanya dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan adanya prosedur dan polisi yang jelas.
 
Pemantapan aspek integriti juga akan melahirkan sumber manusia yang lebih cekap dalam melaksanakan segala dasar secara efisien.
 
Baginda bertitah ketika menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ihsan, Kampung Darat, Beseri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini