Jabatan Imigresen Malaysia menafikan laporan yang mendakwa telah menahan seorang lelaki warga Nigeria secara tidak sah sehingga menyebabkan dia maut di Depot Imigresen Bukit Jalil (DIBJ), Selasa lalu.Sebaliknya, dia maut akibat diserang sawan ketika tidur.Lelaki berkenaan Thomas Orhions Ewansiha ditahan 4 Julai lalu menerusi Op bersepadu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di kawasan Aman Puri.Pemeriksaan lanjut ke atasnya mendapati dia masih memiliki pas pelajar yang masih sah.Namun, tindakan dia melarikan diri telah menimbulkan keraguan sehingga memaksa penahannnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini