Iraq meningkatkan tahap keselamatan negara itu susulan cubaan bunuh Perdana Menteri,Mustafa al-Khadimi, Ahad lalu.

Lebih ramai tentera di kerah ke ibu negara, Baghdad terutamanya di Zon Hijau yang menempatkan bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

Kerajaan dalam satu kenyataan memaklumkan, dron yang dipenuhi bahan letupan dipercayai menyasarkan kediaman Mustafa.

Susulan itu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan tentera dan beberapa menteri di pejabat Perdana Menteri.

Menurut satu kenyataan, pasukan keselamatan sedang mengambil langkah perlu berikutan serangan itu.

Penduduk tempatan mengutuk serangan yang disifatkan boleh menjejaskan kestabilan politik negara berkenaan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini