Tahap pematuhan pemain industri kuari dan kelapa sawit terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di Perak masih rendah dan belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Rosli Zul.

Jelas beliau, sepanjang tempoh dua tahun ini hanya 76 dari 136 industri kuari mempunyai kelulusan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk beroperasi. Beliau ditemui selepas merasmikan Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempana Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Ipoh.

Untuk tempoh sama, pihaknya juga telah mengeluarkan 161 pelbagai kompaun terhadap pemain industri kilang kelapa sawit, manakala 48 kompaun kepada pemain industri kuari seperti kesalahan buangan berjadual khususnya berkaitan perlabelan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini