Tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap SOP pencegahan Covid-19 masih belum memuaskan. Kompaun sentiasa dikeluarkan menerusi hampir kesemua operasi yang dijalankan pihak berkuasa.

Justeru, kerjasama rakyat dalam pematuhan SOP merupakan usaha penting bagi mempercepatkan negeri itu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, negeri itu hanya mencapai satu daripada tiga indikator yang ditetapkan Majlis Pemulihan Negara untuk beralih ke fasa seterusnya iaitu kadar vaksinasi penduduk mencapai 60 peratus.

Manakala, kadar kes bergejala serius dan penggunaan ICU yang masih tinggi merupakan faktor Kelantan masih belum beralih ke Fasa empat PPN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini