Taraf kelayakan pendidikan bagi guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bakal dinaik taraf daripada lulusan diploma kepada ijazah sarjana muda.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelaksanaan naik taraf guru itu memberi lonjakan terhadap mutu pendidikan dan pengajaran di Tabika KEMAS. 

Proses naik taraf pendidikan akan dibuat secara berperingkat dan ia sedang diselaraskan kementeriannya dari aspek kewangan dan perjawatan.

Sehingga kini, terdapat 11,000 guru Tabika KEMAS berkelulusan diploma di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini