Prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih longgar berbanding tahun lepas.

Ia termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga dan aktiviti ziarah.

Perkara itu diumum Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menurutnya, acara makan keluarga pada 31 Januari ini dibenarkan bersama ahli keluarga dan saudara-mara.

Penganjuran rumah terbuka bagi perayaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan.

Namun resepsi sambutan dibenarkan melibatkan individu yang mendapat jemputan sahaja, dengan 50 peratus kapasiti ruang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini