Aliran trafik tinggi sempena Tahun Baharu Cina dijangka berlaku di Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Syarikat konsesi, ANIH Berhad menasihat pengguna jalan raya yang mahu ke Pantai Timur merancang perjalanansebagaimana yang dicadangkan pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
 
Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata Jadual Cadangan Waktu Perjalanan ini telah dipaparkan di laman media sosial rasmi pihaknya dan LLM.

Agihan jadual itu juga telah dilakukan sejak Selasa lalu di plaza tol sepanjang Lebuh Raya KL-Karak dan LPT 1 bagi memberikan maklumat awal kepada pengguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini