Sambutan Tahun Baharu Cina di Ipoh, Perak disambut secara sederhana meskipun kebenaran telah diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
 
Tinjauan di  sekitar Ipoh mendapati, masyarakat Tiong Hua mengambil kesempatan sempena cuti perayaan tersebut untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. 

Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap menjadi keutamaan kepada mereka yang mengunjungi rumah ibadat.
 
Ini bagi memastikan tidak berlaku penularan wabak Covid 19 dan kewujudan kluster baharu melibatkan perayaan itu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini