Sambutan tahun baharu Cina di Kampung Warisan Kebudayaan Pertubuhan Kebajikan San Sheng Alor Setar, Kedah; dijangka kembali meriah.

Persembahan kebudayaan masyarakat Tiong Hua dan pencahayaan pelbagai replika lampu yang unik dibuka semula selepas ditutup 2 tahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengerusinya, Ong Soon Boon berkata pusat tersebut dibuka selama 15 hari bermula hari pertama tahun baharu cina sehingga perayaan Chap Goh Meh.

Persiapan tahun ini sederhana dengan hanya 3 replika baharu sempat disiapkan berikutan banyak yang rosak setelah kawasan tersebut ditenggelami banjir November lalu.

Namun itu sudahpun memadai untuk pengunjung kembali memeriahkan lokasi tumpuan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini