Sempena Tahun Baharu Cina, Perdana Menteri dan Isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin melawat Pusat Jagaan Warga Emas, Selangor King George V Silver Jubilee Fund di Ibu Negara.

Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni dan beramah mesra dengan 33 warga emas di pusat jagaan itu.

Ketika sesi lawatan itu, Perdana Menteri dan isteri menyampaikan angpau dan limau mandarin sempena perayaan tersebut.

Turut mengiringi, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini