Peluang meraikan Tahun Baharu Cina kali ini perlu dinikmati sebaiknya demi mengerat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam bergembira menyambut sambutan itu,  SOP perlu sentiasa dipatuhi bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bersempena sambutan Tahun Harimau, beliau menyeru agar semua rakyat bersatu hati menyokong usaha memulih dan menstruktur semula ekonomi negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia sebagai negara maju.

Menerusi perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Cina yang berganding bahu bersama kaum lain sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berharap segala usaha kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini