Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin akan mampu mencaoai sasaran kemasukan 30 juta pelancong tahun depan, sekaligus menjana pendapatan 192 bilion ringgit kepada negara.
Menterinya,Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pendapatan berjumlah 100 billion ringgit dijangka diperoleh menerusi kedatangan pelancong asing manakala 92 bilion ringgit dijana daripada pelancongan domestik.Katanya, Kelantan antara negeri yang dijangka menarik ramai pelancong asing.Tahun ini sahaja, negeri itu menyasarkan 5.5 juta pelancong, dan dalam tempoh Januari hingga April lalu, seramai 1.09 juta kemasukan pelancong telah direkodkan.Sasaran itu dapat dicapai apabila berlaku kemasukan pelancong dari Singapura dan Thailand hasil daripada pelbagai promosi yang dijalankan. Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis penutup Festival Kesenian Rakyat Kelate 2019 di Pantai Geting, Tumpat, MALAM TADI. Turut hadir, Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan,Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 4.7 juta pelancong domestik berkunjung ke Kelantan dan Tourism Malaysia pula merekodkan lebih 54 ribu pelancong asing menginap di hotel-hotel di negeri itu tahun lalu##.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini