Hak mengundi lapan negara dilucutkan PBB susulan isu yuran tertunggak.

Tiga lagi negara yang berdepan isu sama bagaimanapun diberi pengecualian.

Pelucutan hak melibatkan Iran, Sudan, Venezuela, Antigua dan Barbuda, Congo, Guinea, Papua New Guinea, serta Vanuatu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memaklumkan Sao Tome dan Principe, Kepulauan Comoro serta Somalia dikecualikan daripada tindakan terbabit.

Ini kerana tunggakan terjadi akibat perkara di luar kawalan negara anggota. Sekatan boleh dibatalkan jika negara terlibat membayar jumlah minimum ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini