Seorang lelaki yang tersangkut di atas pokok kekabu di Kampung Teluk Sentang, Temerloh berjaya diselamatkan  anggota Bomba dan Penyelamat.

Lelaki berkenaan difahamkan tidak dapat turun kerana sakit pinggang ketika melakukan aktiviti menebang.

Ketua Balai Bomba Bukit Angin, Mohd Firdaus Mahayudin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi Rabu.
 
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dan Temerloh bersama sebuah jentera FRT dan ambulan bergegas ke lokasi kejadian.
 
Setiba di lokasi, pihaknya mendapati lelaki berusia 41 tahun itu berada di di atas pokok dengan ketinggian 5 meter.
 
Lelaki tersebut berjaya di bawa turun oleh anggota Bomba pada pukul 11 pagi dengan menggunakan tangga.
 
Mangsa dikatakan mengambil upah  melakukan kerja memotong dahan pokok kekabu.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini