Biarpun sudah berkali-kali ditahan polis, seorang lelaki berusia 29 tahun bagaikan tidak serik melakukan jenayah.

Lelaki berkenaan yang baharu dibebaskan dari penjara dua minggu lalu itu ditahan pihak polis kerana dipercayai meragut beg seorang wanita di sekitar Taman Connaught, Cheras.

Suspek berkenaan mempunyai 25 rekod jenayah dan dadah, ditahan Isnin lalu, hasil maklumat dan bantuan orang awam yang membantu menangkapnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, suspek yang menaiki motosikal disyaki meragut mangsa berusia 65 tahun dari arah belakang sebelum memecut motosikal melarikan diri.

Suspek yang bersenjatakan pisau pemotong kertas dapat ditahan oleh orang ramai sebelum diberkas sepasukan polis daripada D9 IPD Cheras.

Hasil siasatan awal, suspek turut disyaki terbabit dalam beberapa siri kes jenayah jalanan, namun siasatan selanjutnya masih dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini