Kegagalan skuad Harimau Muda dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini, bukan kayu ukur kepada keberhasilan Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, adalah tidak wajar menuding jari dan menggesa semua pihak duduk semeja mencari jalan penyelesaian.

Menurut Datuk Seri Ahmad Faizal, semua pihak juga perlu memahami objektif penubuhan PPBN sebagai platform mencungkil bakat muda bertaraf antarabangsa bagi diketengahkan seterusnya digilap demi generasi baharu bola sepak negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media tempatan yang menyifatkan PPBN sebagai ‘syok sendiri’¬†dengan mengadakan program berkenaan hanya sebagai mengisi aktiviti bola sepak.¬†

Selepas menamatkan Sukan SEA Vietnam di tangga keempat bulan lalu, skuad B-23 negara tersingkir seawal peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Sepanjang kempen itu, skuad kendalian Brad Maloney tewas kesemua aksi peringkat kumpulan kepada Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini